Powered By Blogger

Sunday, August 29, 2010

Ada hikmahnya......

This morning, I read something interesting on Facebook.To those who get frustrated in love..renung-renungkanlah......

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


Note:Pesanan utk diri sendiri jugak....

Friday, August 27, 2010

Chocolate Heaven...



Today I went to Beryls Chocolate Factory kat Sek.9 Bandar Baru Bangi. Lebey kurang cm Willy Wonka nye factory la pulak kan. Ad sales for Hari Raya from 27 aug 10 to 9 Sept 10. Last year dah pnh pegi but kat seri kambangan punye..Mmg murah chocolate dia. Leh r wat hidangan di hari raya (malas nk beli and buat kuih..hehehe).


Masuk je gate kilang tu, dh bau coklat (sbr je la bulan2 pose ni)..hmmmm...sedapnye...masuk je dgn harapan cam willy wonka chocolate factory. Masuk-masuk..tenang je. Beryls staff bukakkan pintu kedai and bagi bakul..seriously shopping ni..and this are the results..

Ni mmg feveret..Tiramisu almond (akan habis sebelum raya)




Hasil pembelian

So, sape nk mkn coklat..jemputlah dtg ke rumah ye di hari raya ni. Di kesempatan ini, wish you all "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"

Tuesday, August 17, 2010

Kuih-Kuih!!!!!

Sempena raya yang bakal menjelma ni... I want to promote cookies yang sedap ni with beautiful packaging. Sesuai dibawa ke rumah bakal mentua dan mentua..hehe...

I present you....Berry Milky Cookies, Chocolate Cocoa Crunch Cookies and Apricot Orange with Almonds Cake...
Bulan puasa xboleh la rasa siang hari ye..tgk gambar je la ok!!






Dalam satu kotak ada 2 flavor ni. Mmg ada dua2 jenis for one price. Setiap satu jenis ada 48 pieces. So, in each box you'll get 96 pieces of cookies. Cake pon didatangkan dlm kotak yang fancy ni. Price as below:

One pack of cookies (2 flavors): RM 43.70
Cake: RM18.20

Contact me for further details!!!


Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama puasa 2010..tahun kedua puasa ketika bekerja


Walaupun dh puasa REjAb dan SyaAban aritu, hari pertama di bulan Ramadhan mmg lain mcm la letihnya. Baru pukul 11 pg dah terkulai. Nak cakap pon malas.keluar dr bngunan je..sunyi sepi.
semua org kusyuk wat keje ke??ke tido sbrnye??hehe..hanya mereka dan opismate mereka je yg tau.

Kul 12 pm dh melepek gler. adoiii..lmbtnye lg kul 4 ptg ni. Pas solat zohor baru la boleh mengadap komputer (sebab dh basuh muka ngn air kan). Team mate len duk sibuk countdown to 4pm. Aku pon xsbr gak. Pk ape nk telan berbuka nnt.

Pas balik keje, singgah sat kedai asam pedas sek.8. Nak g bazar mls.Cam xde selera je. Nak tgk lauk apa yang boleh dibeli. Nampak lempung sambal dgn syur kacang campur sedap je. Aku pon beli tanpa berfikir panjang. lagi pk, lg pening nak pilih yang mana.
Pegi tgk kat section kuih lak. Terpikat lak tgk cream puff ni. Dah lame xmkn cream puff. Aku pon tanyalah tokey "Ni kire camne?", "Kuih ni sebijik Rm0.40 dik", Mak AIhhhhh...mahalnye kuih skrg. aku pon amek la 3..beli satu, kang nak lg kan susah.

Kul 7.20, housemat2 sume terpacak dpn Tv bersama makanan masing2. Ada nasi kerabu, popia sambal, nasi ayam la..yang penting BUAH TAMAR..sunnah tu. Tapi tgk org skrg dh xmkn sgt kurma. Dgr azan je, sume teguk air ngn nasi trus.

Kul 7.28 azan TV pon berkemundang, Alhamdulillah...moga lengkap puasa pertama tahun ni.Makan kurma sebjik pastu makan benda yang lain. .

Tibe2 teringat ad email kat opis. "Ramadhan Code of Conduct".Hopefully kite leh ikut kan. Sama-samalah menghayati Ramadhan Al-Mubarak ini...



Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa


Wish you all..

Eid Mubarak..Semoga bulan yang mulia ini dipenuhi dengan ibadat dan amal jariah....
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf dan rajin-rajin pose ye. Berhemahlah ketika berbuka...Membazir amalan Syaitan




Thursday, August 5, 2010

My dear PB


Dah lama nk share ngn sume org about my experience wearing Premium Beautiful ni. This is my own changes and feeling about this Superb undergarment. Premium Beautiful ni di introduce oleh one of my officemate. First mmg xpnh minat dgn korset-korset ni. Cam menyeksa badan je. Pastu rasa cam kuno je pakai korset2 ni. Bukan ke dah beranak je pakai???

My fren ni explain la korset ni ada customize size ikut badan pengguna Kena ukur badan org yang nak pakai dlu cam tukang jahit tu. Bukan mcm korset2 bese yang jual kat kedai tu. The reason is lain org, lain ukuran. Ada org besar atas kecik bawah. Ada kecik atas besar bawah. Pastu ada 3 pieces: Long Bra, Waist Nipper and Long Girdle. Pastu ada special Far Infra Red. Ntah kebende la Far Infra Red ni. So, I wat some research on it. Maybe this thing I explain nnt la ye. Tak abes cite experience lagi ni.hehe..Tapi nk dipendekkan cerita, Far Infra Red ni can heal 1001 penyakit kat dunia ni dengan izin Allah.

Dah my fren ni explain2 ni, letih dgr I amek je r. Maybe can solve my shoulder pain and backpain during working. Badan pun rasa lemah je. Risau jugak dgr cite2 org yang dh lama keje experience slip disk la, nerve problem la. Takut2~ Because my work byk duduk je. So my fren pon amek measurement part atas, part tengah ngn part bwh.

Mula-mula bukak plastik girdle tu..MAK AIHHH!!!!cmane nk sarung ni. Kalau beli seluar, tgk kecik cmni mmg letak balik la. My fren tu explain la. Mmg la kecik sbb nk buang lemak2 and firmkan body kite. cam toning la. Lagipon pakai at least 8 jam sehari je utk dpt full effect. My fren pon aja la cmane nk pakai dgn mudah. Mule-mule cm ssh gak sbb xbese, tp esknye pakai..Eh, senang la pulak. Bangun lambat pon sempat lagi pakai. The material is really tough and comfortable. Tak panas pon. I ad Eczema, so tkut gak gatal2 ke pakai sbb pakai ketat2 bese bepeluh dan panas. Nnt itchy. But, surprisingly PB xbagi I that problem pon. Lagi kurang gatal ada la. Ni mesti sbb that Far Infra Red effect. Bila dh pakai baru percaya.

Bila kat office,duduk je rasa sgt segak..posture rasa terjaga sgt. Rasa confidence la kalau berjalan and duduk. Kalau dlu I mmg duduk membongkok. Mmg xbagus utk ur back bone. Tapi bila pakai PB, rs ad support kat badan. Pastu perasan gak lagi satu perubahan, dh xmenguap sekerap dlu.haha...tanda oxygen ckup dlm badan. Kadang-kadang xmenguap langsung. Badan pon rasa segar sepanjang hari. Malam pulak, tidur dgn nyenyaknye.

Perubahan yang paling WOW I experience is my BODY FIGURE and WEIGHT LOSS!!!!I have quite a big type of body. My family mmg keturunan yang ada rangka besar. Diet cmane pon, I still look big!!!Kadang-kadang rasa putus asa. Nak cari seluar susah. Baju pon kalau sarung tu cam sarung nangka. Badan mmg nampak cam tong drum. Tapi bila pakai PB ni, one of the thing I perasan mula-mula is lengan rasa kecik dan berbentuk. Pastu pinggang dah kecik. Ya Allah!!Hepi sangat bila pakai baju rasa yang kecik2 tu longgar. Spare tyre pon dh kurang and berazam akan ilangkan trus. Hips pon dh berbentuk and peha rasa kecik sket compare tu dlu. Bila pakai baju kebaya ke or kemeja, nampak cantik je figure.

Pastu, I have loss 5KG!!!! Makan cam bese je. Sume yang boleh dimakan I telan. Tapi perasan jugak bila dh pakai PB, dh xleh sumbat banyak. Which is good for your stomach. Sebab kita dr kecik dh latih perut makan banyak. Perut pon jadi besar That is why makan xkenyang2. Pakai PB ni dh kecik kan perut kita. Kalau makan cepat kenyang. Igt Dr. Mahathir penah share, org slalu tny why he still looks young wpun dh 80 taun. Dia jawab senang je, berenti makan sebelum rasa kenyang. Banyak penyakit datang dari perut. Dalam Hadis pon ada bgtau. Leh awet muda lah cmni..hehe...Wpun dh pakai, jangan lupa jaga pemakanan utk kesihatan badan. Exercise pon perlu bagi badan kita berpeluh. Kalau amalkan pemakanan yang sihat + exercise + PB=triple effect!!!Tapi kalau kita sibuk, at least we work out our body with PB. Pakai and duduk je. Senang kan??

My skin also shows some improvement. Scar, pimples senang nak hilang. My eczema also kurang. Kalau garu-garu pon xde la sampai berdarah cam dlu and the spot yang digaru cpt heal. Eczema xboleh hilang selamanya tp boleh control. With PB, I am able to control it. Bila pakai rasa cam sgt selesa sampai rasa gatal tu hilang. After a month pakai, mmg nmpk perubahan kat my skin. Dh tak sekering dulu. Muka pon berseri-seri. hehe...Hepi sgt!!!!Wpun rasa ajaib, tapi benar

Dah banyak perubahan I experience using this product. My skeptical thinking about korset pon berubah. Memang berbaloi-baloi. Dah banyak testimoni berjaya about PB. Setiap org might undergo difference feeling about PB but mmg banyak KEBAIKAN yang boleh dpt dari PB ni. I have suggest and promote this product to my fren. Derang pon rasa perubahan tu sebaik sahaja sarung PB kat badan. So, I think everybody should have at least one in their closet. Nak cerita panjang pon tak guna kalau korang sendiri tak try your own. Mmg xpercaya but it REALLY HAPPEN!!I really thanks PB for my changes. Happy sangat!!!!

Sunday, August 1, 2010

12 Hours journey ep.1

Yesterday, my 'Dlima', Kn, yana, ese and Zukni attended our beloved friend Wedding at Kuantan. Nurul Syahirah and Ahmad Fadhli.AKA ira and hiro

Jumaat ptg aku gerak dari Bangi pas keje g umah Ija kat Setiawangsa. Mak aihhhh..jem gler jalan, Sume org nk g kenduri Ira ke ni????Hehe..gerak 5.30 smpai kul 7.30 mlm kat umah ija. Tunggu huda and kinah smpai. Then, all of us g Jusco nak cri wedding present.

Keesokan paginya, ktorg gerak from setiawangsa dlm pukul 9 lepas makan roti canai ija masak. Sedap2..(segera punye sbrnye)..tp ija ad effort gak nk masak kan. We arrived at rumah pengantin dlm kul 12pm.
Sampai-sampai pengantin dh ad(since aku amek my fren, sya kat rumah die dlu).. trus makan r.lapa-lapa...lauk yang dihidangkan sedap. Masakan gotong royong kan. susah nak jumpa kenduri kahwin masak ramai-ramai dah la ni. sume catering..thanks ira for the dishes!!!

Dah settle makan, bermulalah sesi gosip dan update sahabat handai yang dh lama xberkumpul..hehe...terharu sorang antara Dlima dh mendirikan rumah tangga. tinggal 4 lagi.Me??for sure lambat lagi.Antara skema jawapan org tanya "Tunggu kad je la ye, tarikh xde lagi".huhu....paham-pahamlah org single cm aku ni. Calon pon xde.
Antara yang hadir mela, suen, linda, nik and Balqis kecik. Lame xjumpa mereka2 ni since convo.

Dah kenyang perut dan gosip2, sume grk to my house for praying and rehat2. After that pekena ABC and Cendol kat Mustafa Cendol dpn my house. haus gler..lega dpt abc..nyum2...Dah hilangkan dahaga, ktorg isi perut ngn kepok leko kat Mok Naa Tanjung Lumpur. Borong Rm10 kopok goreng..pagi ni baru abes.huhu...

Dah selesai aktiviti pemakanan, kami gerak balik ikut haluan masing2. Aku, kn n yana balik ke temerloh dlu sbb nk anta my sister. Huda, ija and ese gerak balik ke kl sambil makan2 dlm kete (sempat potong kat highway. usha2 mmg tgh mengunyap). Kinah and zukni...xtau r ape mereka wat asalkan berdua bahagia..hehe...

Sampai kl dlm kul 9.30 cmtu. On the way ke Bangi kat area Cheras, jem pulak..DEmmmiiitt btol. Malam2 pon jem lagi. adakah angkara MTV World Stage??????sampai2 bangi kul 11 pm. lembik trus. Hari ni bangun kul 11pg...journey yang panjang but miss my friends much!!!!

Gambar akan diupload nnt ye....